Thursday 21 November 2013

Usrah kak Chon!


Kedengaran suara memanggil. "Alya bangunlah! cepatlah siap-siap dah lambat ni." Suara tersebut berulang-ulang sehinggakan aku malas nak dengar, tutup telinga aku guna pillow aku yang empuk! hihihi... Pak!! bunyi yang kuat bergegaran ditelinga aku. Kesakitan membara pada badan belakangku. "Hah! kan dah kena, bangun cepatlah aishh budak nih susah betul nak bangunkan dia!"

setengah jam kemudian...
"Yes, siap juga aku akhirnya!"

Keluar dari dorm kelihatan wah...indahnya kawasan Asrama waktu pagi.Ok stop! sambung...

Kak Chon dan sahabatku, Sarah menanti aku didepan dorm. Lantas aku berlari kearah mereka. "Ok, apa lagi jom lah!"gembira tak terhingga suara K Chon. Dalam perjalanan ke Hutan Paya Bandar, aku dan Sarah terkedu seketika. Tak tahu nak sembang fasal apa dengan ibu terchenta kak Chon. Kami hanya angguk dan senyum itu yang mampu kami buat sementara dalam kereta.

tak sampai 1 jam kemudian...

"Sampai juga akhirnya hihihih" aku menolok dengan ekspresi mukaku yang taak boleh nak kata oleh orang (:D). Aku, Sarah dan kak Chon turun dari kereta. Mata aku dah tertarik dengan pengangkutan yang berada di depan mataku! "Sarah, tengok tu ada basikal jom naik!" Wau... diriku tidak terkawal (hihihi) "Pergilah pilih satu basikal setiap sorang" kata kak Chon.

tak sampai 5 minit...

"Hai korang! lama kiteorg (ahli usrah k Chon yang lain) tunggu tau." kata salah seorang dari mereka. Jadi,k selepas penemuan selama 2 minit lebih kurang kami start main basikal sama-sama, tangkap gambar sama-sama, main taman permainan sama-sama, makan sama-sama, semuanya sama-samalah!

sejam setengah kemudian...

Selepas kami habis solat sunat Dhuha, kami pulangkan basikal. Kemudian, naik kereta ibu terchenta kak Chon pergi ke IOI Mall. Seronoknya! melihat gerai2 di IOI Mall (maklumlah terperap dekat Asrama je kan). Kami naik ke tingkat atas. Kami buat aktiviti di IOI Mall. Sangat mengerikan aktiviti tersebut (yela sebab buat aktiviti tu dalam keadaan Public). Habis game kami ( Game Over!), kami makan KFC sama2  dan disitulah lah wujudnya gambar dibawah ini:

                                     
                                                     (hahaha! cantik kan gambar ni...)

Lama betul nak ambil gambar ni, peluh keluar banyak! kesian baju aku yang boleh dikatakan baru juga tu basah. Anyway... we are happy ok!

sampai disini sahaja cerita dunia kita pada hari ini. Tak boleh panjang2 nanti rosak mata baca lama2 hihihihi menjaga kesihatan!



Thank You For Read My Post

Monday 18 November 2013

Kawan



Kawan? Oh senang je, Kawan adalah orang yang kita rapat. Itu jawapan yang selalu dikeluarkan oleh bibir-bibir manusia. Ya, memang betul kawan itu adalah orang yang kita rapat. Tetapi, pernahkah anda semua terfikir kenapa orang yang kita rapat dipanggil dengan gelaran "Kawan/Sahabat/Teman Sejati"?

Ada maksud yang lebih mendalam disebalik gelaran tersebut selain dari orang yang kita rapat.

"Kawan"adalah seorang insan yang telah dihantar oleh Allah S.W.T kepada kita untuk membantu kita,menasihati kita dari melakukan perkara munkar. Dalam ayat Al-Quran pun ada sebut tentang"Kawan".



Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah kedua saudaramu
                    dan betaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
Thank You For Read My Post

Saturday 15 September 2012

Kasih Seorang Bonda


Wahai Bonda,
Kini ku amat bahagia bagaikan seorang raja di istana....
Ku bangga terhadapmu wahai Bonda, kerana sekian lama yang dulu....semasa ku kecil,engkau sahajalah yang berada disampingku... Ayah pergi bekerja,kakak di luar sana yang amat jauh dari kita,abang sibuk melayan keluarganya yang tersayang....Kini engkau datang dan berada disampingku....amatlah aku hargai....

Tetapi,apabila diriku semakin besar dan membesar.....semakin jauh jarak kita berdua....semakin jarang pertemuan kita....semakin jauh kasih sayangmu pada ku....semakin hilang perasaan kasih sayangku padamu....kini ku menyesal terhadap mu Bonda...(T_T).Tetapi...semenjak seseorang yang telah memberiku nasihat.Aku bertaubat pada Tuhan yang Maha Besar iaitu ALLAH SWT......
Akhirnya...Engkau telah pun mengampunkan Aku.....Aku amat hargai kasih sayang mu dan jasa mu Wahai Bonda yang tercinta...n_n

-Adnin27-
Thank You For Read My Post